things never be the same without you :'(
Wednesday, September 28, 2011
Monday, September 26, 2011
pix hangout :)
SORRY PIC GILE SIKED TAKDE MASE NAK SNAP :)
muke aku -.-'
zana tetap paling seksi woo *.*
yang pegang rokok tuh apiz.
memang nak gaybunk jeh kan muke kau =='
sebelah dy rohaidi kud name dy
maap! gua tak kenal sangat sama lu -.-v
pakai topy dhany.
aku kenal die sorang jeh. yang laen gank dy tak brape nak kenal :D
membe dy aku tak tahu name lah
asek dating dengan awek dy jeh. malas nak amek twu :)
#KanAkuDahCakapGambarSikedJeh ^^V
k boiiii :D
suara hati
zatykechik
Sunday, September 25, 2011
lepaking lagy :D
semalam duepuluhempatharibulansembilan aku pegi lepak lagy. paling last before final exam lah kate kan. haha XD pepagy bute aku dah bangun kemas satu rumah. nak jage haty ibu kesayangan aku lah kan *tiket untuk balek lambad ;) lalala~ kemaskemas dalam pukul sebelas suku aku pegi tunggu bas. setengah jam tunggu baru bas tuh sampai. ruperupe yer bas tuh lembap nak mampus waa cakap luu. haishh hape pun tak bule. sampai mc jumpe taqim. sementara nak tunggu zana ingatkan nak pegi cekik dulu tapi zana suruh pegi dulu plak. then stret aku dengan taqim naek bas pegi mp. sampai mp pegi dp terus tunggu zana. peh lombap woo nak tunggu last last pegi beli tiket wayang dulu. nak dekat pukul satu lebey zana sampai kiteorang pegi sarap dekad mekdi ♥ awalkan kiteorang brekfes -.-' haha.then dhany mesej kate dy dah sampai. then ayu dengan ex dy (tak tawu name) sampai pegi masuk wayang terus. paling tak bole lupe lah. ade lah group nie dengan muke selamber badak duduk dekat seat kiteorang. dah tegur pun macam bangkai buad tak tahu. eh naseb baek lah dalam wayang lau kat luar memang kene maki dengan aku. puye geram lastlast kiteorang mintak tolong orang wayang tuh. last last memang betul dowang salah seat. kan dah malu. bangang betul ==' sejam lebey dalam wayang mengigil tahap parkison tengok cite bini bini ku gangster. bess woo A plusss puyee. senak pangkal rahim aku gelak macam orang gile. haha XD abes cite pegy turun bawah nak cari kedai topup. aleh aleh benti kat satu kedai sebab dowang nak beli spek dengan jam g-shock. aku kol dhany taye kat mane rupe rupe yer dy dah naek kat atas. dah pulak. terpakse lah naek balek pegi tempat game. ayu dengan ex dy pegi mencekik terus. sampai jeh dy bule cakap tak kenal. sedey wooo T.T macam ni ker membe. APTB ==' masuk dalam tengok membe dy tengah dating. yang lagy due orang pegi smoke -.-' pastu aku zana taqim blah sebab nak pegi cari kedai topup dengan beli beg skula. dah beli stret pegi padang dp. anta zana balek tinggal aku dengan taqim. sedey woo jalan dengan taqim takde sape nak usha. ingat aku kapel ker dengan taqim. huh! haha XD jumpe dhany balek then pegi A'famosa. pegy lah panjat buket tuh. sempud mak. naek pening pale aku naek. letih woo. nak tercabud kaky tapi steady jeh muke. haha. tak bole belah -.-v sampai atas borakborak. menganjeng atau kate laen saiko. yang paling sedey yer. rantai aku putus. pehh -.-' memang sejarah mensial dengan aku. tapi pasrah jeh lah walaupun hati sentap. sayang gile dengan rantai tuh T.T then turun bawah. pehh rase nak sujud syukur jer dah sampai bawah tuh. hehe. pegi padang balek duduk kejap pastuh aku dengan taqim blah balek dulu. ingatkan nak lepak lame siked tapi aku dah pening pening tak larat nak jalan lagi. bas sampai naek, pehh sesak sangat. asal bule nak suruh orang naek padehal dah macam ikan sardin dah aku dalam tuh. sampai mc beli ayer then terus naek bas balek. betul lah orang cakap malang memang takde bau. bule pulak bas tuh rosak tengah jalan. terbaekkk waa cakap luu. nak satu jam lebey tunggu last last kene tuka bas. aku puye penat titow jeh lah. sampai cheng dah tujuh lebey. bangun tengok fon berlambak femely aku miskol. hakhak. #sorry yup ^.^v then sampai umah femely aku pun balek. tak sempad aku nak rehad kene pegi jamuan raye kat taman aku pula. pehh letih sangat. sampai tertido aku kat jamuan tuh. dalam pukul sembilan suku aku dah cabud balek umah. tuka baju mesej mesej kejap. dalam tak sedar aku dah tido. kesian tak sempad nak cakap kat dy. sorry :'( tapy memang bes sangat. walaupun tak seberapa. lepas ni tunggu cuty panjang baru kuar balek. jyeahhh! thanks korang :)
#gambar nanty aku uplod. takde kat aku lah :)
p/s : awak! sy tak tengok rupe paras tawu tak. sy tengok haty. jady pasni tamo cakap cmtu lagy eh :)
HEY ! 143 for yahh ;D
#gambar nanty aku uplod. takde kat aku lah :)
p/s : awak! sy tak tengok rupe paras tawu tak. sy tengok haty. jady pasni tamo cakap cmtu lagy eh :)
suara hati
zatykechik
Thursday, September 22, 2011
penawar untuk saked haty :')
Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya.
Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat.
Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia.
Apatah lagi, manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan.
Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam.
Dari masalah yang simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya.
Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.
Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu.
Pemiliknya pun akan stress dan jauh dari keceriaan.
Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.
Na’udzubillaahi mindzaalik.
Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa dan azabNya kembali kepada kita sendiri?
Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :
1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri.
Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti.
Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita bersikap demikian.
Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan.
2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli.
Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri hati dan dengki. Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.
Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang.
Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya.
Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki pun pupus.
Rasulullah bersabda,
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).
3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal.
Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu.
Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”
4. Memupuk Sifat Pemaaf.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.”
Demikian firman Allah dalam Al-Qur’an Surat Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya.
Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf.
Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.
Rasulullah bersabda,
“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).
5. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan saudaranya.
Dia mengatakan macam-macam tentang saudaranya, dan menilai dirinya lebih baik.
Tentu, hal ini yang tidak benar
Akan tetapi, hendaknya setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik yang cenderung untuk memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.
6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan.
Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.
Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur. Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.
Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah.
Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.
Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah,Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain.Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf..
suara hati
zatykechik
Subscribe to:
Posts (Atom)